Anggaplah dunia ini ibarat bursa saham yang kita labur dan akan kita perolehi keuntungannya di akhirat nanti.
عَنْ
ابْنِ عُمَرْ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ : أَخَذَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله
عليه وسلم بِمَنْكِبَيَّ فَقَالَ : كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ
أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ . وَكاَنَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا
يَقُوْلُ : إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا
أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ
لِمَرَضِكَ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ .
[رواه البخاري]
Terjemah hadith / ترجمة الحديث :
(Hadis Riwayat Bukhori)
Apakah yang dapat kita fahami berdasarkan hadis di atas? orang asing? ..hmm.jom kita ambil analogi yang mudah. Situasi ini saya perhatikan ada di tempat saya bekerja iaitu di tapak pembinaan. Cuba kita lihat orang asing warga Indonesia atau Bangladesh yang datang bekerja atau mencari rezeki di negara kita. Mereka akan bekerja bersungguh2. Kalau boleh 24 jam pun mereka akan kerja juga. Tujuan hanya satu iaitu ingin mengumpul duit kerana mereka sedar mereka di tempat asing dan mereka tahu mereka tidak akan kekal di sini dan akan pulang ke kampung halaman mereka dan akan menuai di sana atau menikmati hasilnya di sana.
Begitu jugalah kita di dunia ini.. Dunia ini ibarat tempat persinggahan sahaja yang bersifat sementara dan kita kumpul lah amal sebanyak mungkin dan kita akan tuai dan nikmatinya di akhirat sana.
Manusia hakikatnya terlupa pada benda yang jauh (akhirat) dan hanya ingat pada benda yang dekat sahaja (dunia). Renung2kanlah.. ^-^
Soalan saya..
Apakah amalan di dunia tetapi nampak seperti amalan untuk akhirat?
haaa..pernah dengar tak soalan macam ni? cubalah jawab..hehe
ok. contohnya yang simple yang dapat saya kongsikan adalah-kita bawa kereta nak ke tempat kerja kan?perbuatan tu nampak biasa2 je kan..tapi klau ditambahkan perbuatan + niat kerana Allah untuk mencari rezeki yang halal..Haaa...kan dah tambah pahala di situ dan ganjarannya akan diperhitungkan di akhirat kelak.
Soalan kedua pula:
Apakah amalan untuk akhirat tetapi seolah2 untuk dunia?
Hmmm...ada ke?? ok..contoh yang mudah- seseorang yang sujud lama di masjid dengan niat menunjuk2 (riak). Hanya sia2 sahaja amal yang dilakukan.Ye..mereka hanya peroleh ganjaran di dunia iaitu pujian tetapi untuk akhirat? Wallahualam..Hanya Allah Yang Mengetahui dan kita sebagai hamba ambil lah situasi ini sebagai pengajaran.
Akhir kata.. Dunia ini adalah sebuah tempat persinggahan..Akhirat tempat kekal abadi..biarlah dunia ini kita genggam tetapi akhirat tetap di hati. Ameen..