Thursday, August 28, 2014

ukhwah fillah


pernah dengar perkataan ni? "ukhuwah fillah".bersahabat kerana Allah.
Dialog antara sahabat saya..
M : Qila..akak rase cam kite ni ukhuwah fillah.
Q:  (Perasaan pelik).Kenapa akak cakap camtu?
M: Sebab semalam akak rindu n teringat kat Qila.pastu pagi ni tetibe je Qila wasap tnye kabar.
      Allah..Dia dengar doa akak.
Q : Ha?yeke kak?wah..first time ni dengar. (masih x percaye)
M : iye..betul cube la satu hari nanti..

Keesokkan harinya, entah kenapa, tiba di ofis sahaja, lantas ku keluarkan dompetku. Mataku terpaku pada satu gamba. wajah sahabatku ku tatap sambil doa ku lantunkan buatnya. Moga Allah bahagiakan dia sebagaimana dia pernah bahagiakanku. Petang itu, ku terima satu pesanan ringkas melalui whatssap.
A: hi Qila..tgah watpe?sehat?
Q :Alhamdulillah sehat (dengan perasaan terharu)

Akhirnya saya faham apa itu makna ukhuwah fillah.
Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya. (Abu Hamid al-Ghazali)


Tuesday, August 19, 2014

Langit itu tersenyum


Langit itu tersenyum padaku..wah..macam terlebih taman pulak hati ni harini..
Tatkala hati resah gelisah sering ku merenung ke langit..mungkin mencari2 jawapan kepada persoalan yang sering bermain di benak kepala ku selama ini,.Damainya rasa..leka merenung awan yang kian berarak melintasi cahaya matahari..sinarnya tak mungkin dapat ku lawan.aduh..silaunya..Makin direnung makin leka dibuai angan yang tak sudah..Hati sempat berbisik2 cinta..indahnya ciptaan Tuhan..aku merenung di sebalik setiap ciptaan Tuhan ini,pasti ada hikmahnya..Matahari, kau tak pernah mengingkari arahan Tuhanmu, kau setia di sana.terbit di timur, tenggelam di barat..kau setia menemani ciptaan makhluk Tuhan yang lain di sebelah siang. Sedang aku, kadang setia kadang tidak.. cuba bangkit.namun jatuh pula. tetap ku harus bangun kerna ku yakin Tuhanku Maha Adil dan Maha Menyayangi. Tak mungkin ku dibiarkan keseorangan meniti kehidupan yang penuh ranjau ini.Kau matahari..sentiasa ditemani awan2 cinta biarpun mereka sekadar melintasimu. Begitu juga aku...Begitu ramai insan yang pernah singgah dalam kehidupanku..ada yg setia menemani ada yang singgah sebentar cuma..Persinggahan mereka tidak sia-sia..memberi kekuatan kepadaku untuk terus bangkit meniti kehidupan yang hanya sementara ini. Biarpun insan2 tersebut meninggalkanku, tidak pernah ku sesali kehadiran mereka selama ini. Lukanya masih ada, namun kehilangannya mungkin ada yang boleh dicari pengganti dan ada yang tidak..Ku percaya Tuhan itu tidak pernah silap percaturan. Walaupun kadangkala nampak salah di mata kita, suatu hari nanti kita akan faham semua takdir Allah adalah yang terbaik untuk hambaNYA.


Coretan hati.
Elegant Rose - Busy