Friday, October 28, 2011

islam itu syumul..jangan "sekular"kan ia..





"Daripada Abi 'Abdir Rahman 'Abdillah bin 'Umar bin Al-Khattab RA, Katanya : Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Tertegaknya Islam di atas 5 perkara : Persaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah, dan dirikanlah solat, dan tunaikan zakat dan kerja haji kerumah-Nya (Mekah), dan berpuasalah dalam Ramadhan." [Bukhari dan Muslim]

Zaman sekarang..bila disebut sahaja tentang Islam..semua jadi gerun..kebanyakan masyarakat di luar sana mempunyai persepsi yang salah "islam itu kolot..islam x maju"
k..menurut hadis di atas..ISLAM ter'tegak'i di atas 5 perkara..baiklah..maksud ter "tegak" di sini ibaratnya sebuah bangunan.dan jika kita mahu membina sesebuah bangunan itu,kita sangat memerlukan asasnya(foundation)..betul kan..maka..asas di sini adalah mengucap kalimah syahadah..Kalimah tauhid ini menafikan segala bentuk ketuhanan yang wujud di seluruh alam ini dan meletakkan pengecualian itu hanya pada Allah. selepas itu barulah disokong oleh persaksian Rasul yang mulia iaitu Nabi Muhammad. jika difikirkan..susunan yang ditetapkan Allah sangat cantik..
selepas ada "tapak" yang mantap..barulah kita boleh bina "tiang2"nya kan?apa tiang2 itu?
PERTAMA-solat wajib 5 x.namun jangan lupa tunaikan solat2 sunat juga..
KEDUA- zakat.harta itu milik ALLAH..tak salah kita memberinya sedikit pada yg lebih berhak
KETIGA- puasa pd bulan Ramadhan..puasa sunat juga ye..
KEEMPAT- menunaikan haji bagi yang berkemampuan

selepas tertegaknya tiang2 ini,sesebuah bangunan itu tidak lengkap tanpa dinding2nya.betul tak?jadi apa dinding2 itu?




Iqtishadi atau Ekonomi
; System ekonomi memainkan peranan yang penting dalam Islam. kehidupan seharian kita sekarang banyak melibatkan jual beli /muamalah.
As-sthaqafi atau pengetahuan
; untuk memajukan suatu ummah.ilmu sangat sangat diperlukan. oleh itu,ISLAM takda lah dicop sebagai umat yang mundur. Malah ia menjadi lebih baik jika disalurkan ke jalan Allah.
As-siyasi atau politik
; Perlu ada yang mentadbir dan menguruskan seluruh ummah ini agar ummah tidak terbiar dan hanyut dalam arus keduniaan yang fana.asas dah ada..tiang pun da tertegak..dinding-dinding pun dah dibina..bumbung pula bagaimana??
nah..bumbung di sini adalah AL-JIHAD..jihad memerangi mereka yang batil dan menegakkan kebenaran..maka terbina dan lengkaplah sudah sesebuah bangunan dan jika salah satunya tiada maka runtuh lah semua..RENUNG-RENUNGKAN..= )

JADINYA..bila masyarakat hanya ambil sebahagian daripada Islam dan meninggalkan yang lain..maka memang susah nak amalkan maka akan wujud masyarakat yang mempuyai pemikiran-kolotlah,tak kena zaman lah,kampung lah".
masakan suatu ketika dulu, Islam menjadi peneraju dan tamadun yang paling maju dalam semua aspek?
tak ramai yang mengetahui keindahan dan aspek kesyumulan Islam itu sendiri. Ramai yang lebih suka menghukum dahulu baru menilai.




Allah itu Maha Adil..
bila DIA mengambil atau menjauhiku dari seseorang,bermakna DIA mahu menggantikan dengan yang lebih baik...Biarlah mereka masih tidak memahami akan cantiknya islam,indahnya Islam bila kita benar-benar memahaminya..fahaman sekular tidak pernah wujud dalam islam..masyarakat kita sendiri yang mewujudkannya dan Islam sebenarnya bersifat syumul.masukkanlah ISLAM dalam semua aspek keseluruhan hidup kita..tak salah..jangan kita menyempitkan Islam.Islam itu mudah jika kita benar2 mengamalkannya..ISTIQAMAH..itu yang penting.biar apa yang kita buat sangat perlahan..lama2 perbuatan kita yang perlahan itu akan menjadi bertambah baik jika kita -ISTIQAMAH,IKHLAS KERANA ALLAH..

i'm still Aqilah that u know long time ago..
i may change a bit but thats for good thing..
have open mind ya..^-^

Wednesday, October 12, 2011

when our "heart" cries..HE come to wipe away our tears..
when nobody understand ur feeling,thats the time HE came into picture n just be by ur side..n HE always be there for u whenever u need HIM..

Monday, October 10, 2011

thanks to everyone

Alhamdulillah...selesai sudah pembentangan dan makin kuranglah beban yang ditanggung..tajuk yang menjadi pilihan saya adalah asal-usul alam semesta daripada kacamata Al-quran..dengan berbekalkan usaha,doa dan tawakal..alhamdulillah saya dapat membentangkan tajuk saya dengan baik.haha..tak kisahlah walaupun digelar "ustazah" oleh penyelia saya..mendapat pujian dan pada masa yang sama mendapat kritikan yang membina..akan saya aplikasikan untuk pembentangan yang seterusnya..dan terima kasih juga sebenarnya tak terhingga kepada mereka2 yang memberi semangat kepada saya.sahabatku yang sempat mengusap bahuku sebelum ke hadapan "berjuang".terima kasih,awak..dan beliau hanya memandang wajahku ketika ku cuba menyampaikan "ceramah" di hadapan..dan ada satu saat di mana saya tiba2 "lost" dan beliau hanya memandangku dengan wajah tersenyum dan ku tahu beliau cuba memberi semangat untuk ku teruskan..hee..tq!dan juga paling saya berterima kasih adalah kepada ummi papa..doamu sentiasa mengiriku ke mana sahaja aku melangkah..ku tahu walaupun ummi papa tiada di hadapan mata namun ku dapat merasa kehadiranmu..^-^
dan juga sebenarnya nak juga berterima kasih kepada seseorang yang pernah menasihatiku agar menjadi lebih berani dalam berhadapan dengan "audience".
akhir kata..thanks to all of u..=)
and the most important of all....thanks to ALLAH for make it easier for me.

Sunday, October 2, 2011

untukmu teman-brothers

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

Saturday, October 1, 2011

sahabat yang terbaik

SAHABAT YANG TERBAIK....

Panduan Memilih Sahabat

Berpesan Al Qomah kepada puteranya, Wahai puteraku, sekiranya kamu
merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah kamu
memilih teman-teman yang memiliki sifat berikut,

1- Jika kamu ditimpa bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu
untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.

2- Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari temanmu itu
maka akan segera mengusahankannya.

3- Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantu
dengan memberikan pandangannya.

4- Jika bercakap-cakap dengan temanmu maka ia akan membenarkan kata-
katamu.

5- Jika temanmu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau
perkataanmu maka ia akan menutupinya.

6- Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu maka ia
akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.

7- Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepada temanmu maka ia
menerimanya dengan baik malah membalasnya kembali.

8- Jika temanmu mendapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka ia
akan mengingati dan menghargainya malah akan menyebutnya selalu.

9- Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya
maka ia akan bertanyakan kesusahanmu itu.

10-Jika kamu berselisih faham dengan temanmu maka ia lebih rela mengalah
demi untuk memelihara persahabatanmu itu.

Berkata Hukama'
"Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adakah ianya seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlulah kamu bertanyakan di sana-sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikut dan meniru perlakuan kawannya itu."


source : from a friend


kepada insan-insan yang pernah menjadi teman berbicara saat susah dan senang..terima kasih..dan maafkanlah diri ini andai dulu aku bukan sahabat yang baik dan setia..diri ini tidak mampu berpatah balik dan memperbetulkan segala kesalahan lalu..i'm sorry =(

Wednesday, September 21, 2011

tajuk motivasi IKIM.FM -ALAM

seorang anak murid pernah mengajukan pertanyaan kepada Imam Al- Ghazali
"bagaimana kalau lidahku berzikir tetapi hatiku lalai?"

beliau menjawab-"teruslah berzikir kerana ia dapat melindungi dirimu daripada berkata yang buruk2"

'Lihat Nikmat,Ingat pada Yang Memberi Nikmat'
Tanyalah hati kita bila hati kita berasa tenang. Adakah apabila kita melihat alam seperti gunung-ganang,laut,sungai ataupun bangunan pencakar langit?

dalam hidup ini terdapat 2 jenis penciptaan Allah
a) direct- bumi,gunung-ganang,laut
b) indirect- bangunan pencakar langit (penciptaan oleh Allah melalui manusia)

hati manusia secara fitrahnya peka kepada sesuatu yang dekat kepada Allah..tetapi janganlah kita semua tertipu atau lalai daripada memikirkan hakikat bahawa terdapat Pencipta yang mencipta Alam yang hebat ini.Subhanallah..
ketahuilah..sesuatu yang dekat kepada Allah bisa membuat kita tenang.
Apabila kita melakukan sesuatu yang terhijab daripada Allah ataupun bila kita melakukan dosa bisa membuat hati kita resah..
apabila kita melakukan dosa,resah dan timbul lah penyesalan.dan ketahuilah sebenarnya keresahan tersebut merupakan signal daripada-NYA supaya kita bertaubat. Orang yang berdosa sebenarnya melanggar fitrah hatinya sendiri. janganlah teruskan dosa itu dan menjadi "alah bisa tegal biasa" dan jangan sampai tahap kita melazimi dosa dengan rasa manisnya perbuatan kita itu dan racun menjadi penawar dan sehingga ke peringkat yang tertinggi iaitu menjdai pembela dosa dengan "mengiklankan" dosa kita dengan mengajak orang lain turut melakukan dosa bersama kita..

Allah sebenarnya tidak jauh dari kita, tetapi kita lah yang cuba berjauhan daripada-NYA.

Ulasan dari slot motivasi pagi di IKIM.FM.

Tuesday, September 20, 2011

final year

woahh..i just couldnt believe my myself that i'm already in final year which means that lots of burden awaiting me..waiting to "strangle" me.haha..well,like my partner said once,she said ENJOY UR PROBLEMS. yEAH,i'll never call it as a problem if i can solve it.It is a problem if it cant be solved.Well...thats my point of view..enjoy it guys!
u are not a normal people if u dont have problem..=)
face it with open hearts okay?
life is full of fun


"follow ur dream..
take one step at a time
dont settle for less
just continue to climb
"LIFE IS A CLIMB BUT THE VIEW IS GREAT"

N just now someone has motivated me-he said to ensure that u are capable enough to do something..i need to stabilise myself..u are so true..really..=)
Elegant Rose - Busy