Sunday, August 28, 2011

alhamdulillah

assalamualaikum sahabat2 sekalian dan juga pembaca yg sudi membaca..
topik harini adalah lumrah kehidupan..
kadang2 kan kita tak boleh nak menyalahkan takdir dan nasib mengapa semua benda buruk berlaku pada kita.bukankah itu seperti bersangka buruk pada Pencipta,Yang Maha Mengetahui tentang apa yang ada di hadapan dan belakang kita.kita sememangnya tidak dapat menduga kerana sebagai hamba Allah yang lemah kita perlu menerima ujian yang menimpa diri kita untuk membuktikan tahap keimanan.sejauh mana kita dapat bersabar.mari kita renungkan..dalam kehidupan seharian kita..pernah tak kita mengeluh tentang musibah yang menimpa diri kita mempesoalkan betapa sang pencipta tidak adil dalam memberikan ujian terhadap kita..MasyaAllah..banyakkanlah beristighfar jika ingatan itu terlintas di hati anda..jangan biarkan hati kita berkata-kata terutama perkara yang tidak elok..apabila hati berkata2 padahlah..anggota badan yang paling penting adalah hati.jika hati rosak maka rosaklah seluruh anggota badan..
mari kita renungkan kata2 daripada Saidina Ali r.a
"sekiranya hatimu rosak,jangan bazirkan masamu untuk berdoa kepada Allah perbaiki hatimu,sebaliknya berdoalah agar Allah tukarkan hatimu dengan hati yang baru"
pernah tak terlintas di hati mengapa Allah pertemukan kita dengan orang2 yang kurang baik sebelum ini?kerana DIA mahu memberikan kita yang terbaik selepas kita bertemu dan mengambil pengajaran dari orang2 sebelum kita kenal..aku sangat2 bersyukur dengan apa yang telah DIA berikan padaku..terlalu bayak hikmah yang aku terima..

alangkah indahnya bila kuhadapi kegelapan,hujan,kelaparan,segala macam musibah,kedukaan,cacian,dan teguran..agar aku tak lupa pada Yang Maha Satu =)

* Allah knows whats the best for me.ALHAMDULILLAH

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Busy