memetik kata2 umi papaku..
-jangan biarkan hati kita berkata2..setiap daripada kita akan bertanggungjwab terhadap hati masing..soal lah hati anda(baik atau masih terdapat noda2).hehe..berbaloikah jika kita banyak menangisi perkara yang ada dunia di mana perkara2 tersebut bukan merupakan sesuatu yang pasti.benda yang akan lenyap bila2 masa sahaja..dan Allah yang hanya menentukan..tiada kuasa lain sehebatNYA..subhanallah..alangkah indahnya jika setiap hari tangisanku untukNYA..pasti hanya senyuman yang terukir di bibirku..^-^
memetik kata2 sahabatku pada suatu masa dahulu-
* BUKAN MUDAH UNTUK MENJADI SUSAH DAN BUKAN SUSAH UNTUK MENJADI MUDAH..
anda faham apa maksudnya?
maksud kedua sebenarnya lebih mudah ditafsirkan..ye..untuk menjadikan perkara itu mudah sebenarnya bukanlah sesuatu yang sukar jika kita tahu bagaimana mahu menggapainya..
contoh yang paling mudah adalah-kita nak belajar geologi struktur(salah satu subject tahun 2 geologi)..subjek itu bagi saya amat amatlah sukarnya.kenapa?perlu pemikiran yang agak tinggi kerana memerlukan bayangan yang tinggi untuk memahami subjek tersebut..jadinya,apa solusinya?-carilah sahabat2 yang dapat membantu kita dalam pelajaran tersebut(yang ikhlas ^-^ agar kebaikannya tidak diungkit)..dan rujuklah para profesional iaitu pensyarah2 kita tu.
memetik kata2 nasihat sahabat saya yg lain
-MUHASABAH DIRI
-KELUAR DARI DUNIA KHAYALAN
-BERFIKIR SECARA MATANG....
ringkas dan padat gitu...hehe
sememangnya muhasabah diri sangat penting bagi memantapkan lagi iman kita sebagai seorang muslim yang sejati. kita renungkanlah sejenak apa yang telah kita lakukan dan patut atau tidak patut dilakukan seharian kita bergelar seorang muslim..dan maafkanlah orang yang telah berbuat kesalahan pada kita dan minta maaflah drpd mereka..memaafkan itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas.betul x?bagaimana sebenarnya nak mengesan samada kita ni benar2 telah memaafkan mereka?mudah....kalau hati kita masih lagi sakit ataupun masih lagi mengungkit keburukan mereka,berwaspadalah..kemungkinan kita masih mengingati kejahatan yang telah mereka lakukan..maafkanlah..mereka juga hanya hamba Allah yg lemah..sanggup ke kita nak menghadap mereka yang terbabit di mahkamah Allah suatu hari nanti??ye memang..pe yang dizahirkan di mulut tidak sama dengan apa yang tersimpan kukuh di dalam hati(hanya Allah yang tahu)..memori pahit dan manis sentiasa tersemat dalam ingatan..terakhir sekali...hmm..berfikir secara matang..maksudnya apa?jangan berfikir secara budak2lah kan?ye..memang tidak dinafikan sama sekali perempuan kadang2 terlalu beremosi(menggunakan emosi lebih daripada akal) iaitu di mana apabila sesuatu perkara berlaku di luar dugaan sebahagian wanita lebih gemar bertindak tidak rasional.kadang2 tidak memikirkan kebaikan dan keburukannya..namun,jangan salah ditafsir di sini..tidak semua okay? (hu..t mengamuk lak kaum hawa)..semuanya itu boleh dikawal..tapi perlu ada cara..apakah dia?
banyakkan istighfar..kenapa?selaunya bila kita kekadang ter"emosi" siapa yang paling dekat menghasut kita kalau bukan syaitan..lagi menambahkan bara api yang baru sahaja menyala..aduii..syaitan takkan pernah berhenti menyesatkan kita hingga hari kiamat..ambillah wuduk dan duduklah dengan tenang.setidak-tidaknya sebutlah nama pencipta kita (Allah..Allah..Allah...)lafaz dengan mulut tak cukup..pejamkanlah mata anda,letakan telapak tangan anda di dada seraya menyebut Allah...Allah...sampai anda tenang..Insya-Allah...ketenangan dan kedamaian akan menyelubungi diri anda...^-^
-
No comments:
Post a Comment