"Daripada Abi 'Abdir Rahman 'Abdillah bin 'Umar bin Al-Khattab RA, Katanya : Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Tertegaknya Islam di atas 5 perkara : Persaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah, dan dirikanlah solat, dan tunaikan zakat dan kerja haji kerumah-Nya (Mekah), dan berpuasalah dalam Ramadhan." [Bukhari dan Muslim]
Zaman sekarang..bila disebut sahaja tentang Islam..semua jadi gerun..kebanyakan masyarakat di luar sana mempunyai persepsi yang salah "islam itu kolot..islam x maju"
k..menurut hadis di atas..ISLAM ter'tegak'i di atas 5 perkara..baiklah..maksud ter "tegak" di sini ibaratnya sebuah bangunan.dan jika kita mahu membina sesebuah bangunan itu,kita sangat memerlukan asasnya(foundation)..betul kan..maka..asas di sini adalah mengucap kalimah syahadah..Kalimah tauhid ini menafikan segala bentuk ketuhanan yang wujud di seluruh alam ini dan meletakkan pengecualian itu hanya pada Allah. selepas itu barulah disokong oleh persaksian Rasul yang mulia iaitu Nabi Muhammad. jika difikirkan..susunan yang ditetapkan Allah sangat cantik..
selepas ada "tapak" yang mantap..barulah kita boleh bina "tiang2"nya kan?apa tiang2 itu?
PERTAMA-solat wajib 5 x.namun jangan lupa tunaikan solat2 sunat juga..
KEDUA- zakat.harta itu milik ALLAH..tak salah kita memberinya sedikit pada yg lebih berhak
KETIGA- puasa pd bulan Ramadhan..puasa sunat juga ye..
KEEMPAT- menunaikan haji bagi yang berkemampuan
selepas tertegaknya tiang2 ini,sesebuah bangunan itu tidak lengkap tanpa dinding2nya.betul tak?jadi apa dinding2 itu?
Iqtishadi atau Ekonomi; System ekonomi memainkan peranan yang penting dalam Islam. kehidupan seharian kita sekarang banyak melibatkan jual beli /muamalah.
As-sthaqafi atau pengetahuan; untuk memajukan suatu ummah.ilmu sangat sangat diperlukan. oleh itu,ISLAM takda lah dicop sebagai umat yang mundur. Malah ia menjadi lebih baik jika disalurkan ke jalan Allah.
As-siyasi atau politik; Perlu ada yang mentadbir dan menguruskan seluruh ummah ini agar ummah tidak terbiar dan hanyut dalam arus keduniaan yang fana.asas dah ada..tiang pun da tertegak..dinding-dinding pun dah dibina..bumbung pula bagaimana??
nah..bumbung di sini adalah AL-JIHAD..jihad memerangi mereka yang batil dan menegakkan kebenaran..maka terbina dan lengkaplah sudah sesebuah bangunan dan jika salah satunya tiada maka runtuh lah semua..RENUNG-RENUNGKAN..= )
JADINYA..bila masyarakat hanya ambil sebahagian daripada Islam dan meninggalkan yang lain..maka memang susah nak amalkan maka akan wujud masyarakat yang mempuyai pemikiran-kolotlah,tak kena zaman lah,kampung lah".
masakan suatu ketika dulu, Islam menjadi peneraju dan tamadun yang paling maju dalam semua aspek?
tak ramai yang mengetahui keindahan dan aspek kesyumulan Islam itu sendiri. Ramai yang lebih suka menghukum dahulu baru menilai.
Allah itu Maha Adil..
bila DIA mengambil atau menjauhiku dari seseorang,bermakna DIA mahu menggantikan dengan yang lebih baik...Biarlah mereka masih tidak memahami akan cantiknya islam,indahnya Islam bila kita benar-benar memahaminya..fahaman sekular tidak pernah wujud dalam islam..masyarakat kita sendiri yang mewujudkannya dan Islam sebenarnya bersifat syumul.masukkanlah ISLAM dalam semua aspek keseluruhan hidup kita..tak salah..jangan kita menyempitkan Islam.Islam itu mudah jika kita benar2 mengamalkannya..ISTIQAMAH..itu yang penting.biar apa yang kita buat sangat perlahan..lama2 perbuatan kita yang perlahan itu akan menjadi bertambah baik jika kita -ISTIQAMAH,IKHLAS KERANA ALLAH..
i'm still Aqilah that u know long time ago..
i may change a bit but thats for good thing..
have open mind ya..^-^
No comments:
Post a Comment