Tuesday, November 8, 2011

hakikat pengorbanan dalam islam


Mengambil kisah Nabi Ibrahim bermimpi ketika anaknya sudah mencapai umur yang membolehkan beliau bekerja.kisah ini ada disebutkan oleh Allah S.W.T dalam Surah As-Saffat ayat 102:
" Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya(Ibrahim) berkata "Wahai anakku!Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu.Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!" Dia(Ismail) menjawab Wahai ayahku!Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu;dengan kehendak Allah,engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar"

di sini,kita dapat simpulkan bahawa bilamana kita lakukan perintah Allah,Allah akan kurniakan kita kesabaran.
Nak amalkan Islam bukan ikut selera kita,bukan ikut gaya kita. Jalan-jalan menuju ke syurga sebenarnya ialah jalan-jalan menuju perintah2 Allah..

Tiada jihad di dunia ini yang tidak menuntut pengorbanan.Hatta unutuk perjuangkan Islam menuntut perjuangan.

apakah jihad yang paling besar sebenarnya..jawapannya...saya rasa ramai dah tahu..-jihad memerangi NAFSU!
Jika nafsu dibiarkan "memandu" kehidupan kita...alamatnya..kurang selamat lah seseorang itu..makanya..didiklah hatimu dengan iman dan taqwa..sesungguhnya hati2 yang telah terdidik dengan iman dan taqwa,mereka sentiasa redha dan bersyukur dengan apa yang dimilki.

Dalam kehidupan seharian, bagaimana kita dapat aplikasikan konsep berkorban?
senang sahaja-bila sahaja kalimah Allah diperdengarkan (azan),cepat-cepatlah sahut dan tunaikan solat. Itulah sebenarnya juga cara nak bina taqwa dalam diri kita.
korbankanlah masa,urusan dunia yang kita sedang buat pada waktu azan tu..mudah kan?

KONSEP PENGORBANAN

1) ibadah haji mendidik jiwa dan merendah diri di hadapan Allah S.W.T.
- sebagai seorang muslim, jangan malu menggelarkan diri kita Islam. sekarang adalah Zaman terbuka langit globalisasi, kita lihat remaja-remaja sekarang jauh dari Islam..kita perlu fikirkan satu cara atau usaha bagaimna nak tarik mereka kembali kepada Allah..ISLAM tak susah..tapi kita sebenarnya yang susahkan..renung2kanlah..

2) Kita kena gabungkan diri dengan Islam. Masukkan Islam dalam jiwa kita. Jadilah orang yang bersedia mempertahankan agama Islam..mempertahankan hukum2 Allah.

maka akan lahirlah masyarakat yang bertaqwa
taqwa-menjunjung titah perintah Allah S.W.T. takda yang ditolak,semua diambil dan menjauhi jauh2 larangan Allah..salah satu cara-jauhi lah sifat tamak dalam diri. kalau binatang ternakan seperti lembu sanggup dikorbankan sehingga menitis darah mengapa kita sebagai umat islam tak sanggup menitiskan darah memperjuangkan agama Islam??

3) korban melahirkan rasa mahabbah,kasih,cinta,tolong-menolong
- contoh yang paling ketara kita dapat lihat di sini adalah daging korban yang dah dilapah semua muslim tak kira status dapat merasai.yang miskin dan kaya semuanya merasai daging yang sama..

4) mendidik hati kita berserah diri kepada Allah S.W.T. dan bukan pada manusia,raja
-penyerahan mutlak pada Maha Pencipta

5) mengajar kita kehidupan itu ada penghasilan,pembayaran
-kalau banyak kebaikan yang kita lakukan adalah ganjarannya,begitulah sebaliknya..

Maka,kembalilah pada Al-Quran,tadabbur..
MOga kita sentiasa dipandu oleh Allah..mendapat nur hidayah dariNYA..
jangan biarkan diri kita terpisah dari Islam..

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Busy