Thursday, September 11, 2014

Maafkan dan lupakan


Ingin sekali saya berkongsi kisah yang bagi saya sangat memberi kesan dalam hati ini. Kisah ini juga saya sering berkongsi bersama adik kembar saya. 
Dua orang sahabat bersiar- siar di tepi pantai bagi melepaskan lelah seharian mengadap buku bagi persediaan peperiksaan akhir tahun tidak lama lagi.Seorang sahabat yang bertudung labuh merah menanyakan satu soalan kepada sahabatnya. "Ainul, jika kamu diberi pillihan antara dua iaitu batu dan pasir. Pilihan manakah yang Ainul akan pilih?". Ainul berasa kaget dengan soalan sedemikian rupa. Pasti ada sesuatu di sebaliknya. "Aisyah,pasti kamu punya jawapan tersirat di sebalik soalan kamu tu. Baiklah. saya memilih batu. Bagi Ainul, batu itu sifatnya keras, tidak mudah rapuh apabila dibawa arus sungai ke hulu atau ke hilir. Tidak seperti pasir sifatnya lembut. Ainul tidak mahu dipandang sebagai gadis yang lemah seperti pasir itu. 
"Ainul, saya kagum dengan jawapan yang kamu berikan. Tetapi pilihan saya sebaliknya. Saya lebih rela menjadi pasir di pantai ni. Setiap kali saya mempunyai masalah yang menyebabkan saya patah hati saya sering coretkan kata hati saya di atas pasir ini. Kemudian ombak yang seringkali menjenguk pantai menghakis coretan hati saya ini. Jika saya coretkan kata hati saya pada batu itu. Sekuat mana pun ombak yang datang, coretan itu masih kekal pada batu tersebut. Begitu jualah kehidupan kita ini, walaupun seberat mana kesalahan yang seseorang telah lakukan kepada kita, jangan pernah simpan di dalam hati. Lepaskan. Maafkan dan lupakan.Jangan kekalkan ia di dalam hati seperti batu tersebut. Takut2 makin bernanah hati tu. Mungkin sahaja Allah telah mentakdirkan seseorang melukakan sedikit hati kita supaya kita sering bergantung harapan pada-NYA.

Sesungguhnya maafkan benar-benar rawatan paling mujarab buat hati2 yang terluka. Memaafkan bukan bermakna menunjukkan yang kita benar-benar salah, tetapi sebenarnya ia bertujuan untuk melupakan seseorang atau kesalahan yang telah mereka lakukan pada kita dan juga menurunkan ego kita. Saya juga akui kadang-kadang sering melakukan kesalahan pada orang yang saya sayang. Dek kerana ego, kata maaf amat susah dilafazkan. Tatkala sedar, mulalah kesal menjengah di hati dan air mata mula berkaca2 dalam mata ini. Maafkan saya T_T

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Busy