Wednesday, September 7, 2011
memaafkan ketika mampu membalas dendam
dalam hadis Qudsi:
Nabi Musa a.s. telah bertanya kepada Allah :" Wahai tuhanku! Mana di antara hambaMu yg lebih mulia menurut pandanganMu?"Allah berfirman : Ialah orang yang apabila berkuasa(menguasai musuhnya),dapat segera memaafkan" (H.Q.R. Kharaaithi dari Abu Hurairah r.a)
di antara hamba-hamba Allah mulia menurut pandangan Allah adalah
- orang yang berhati mulia
- berlapang dada
-bersikap toleransi terhadap musuh atau memusuhinya ketika ia berkuasa melakukan sekehendaknya
mereka itu adalah orang yang tidak sakit hati atau membalas dendam dan memaafkan kerana Allah semata-mata. dan sangat tinggi nilainya di sisi Tuhan.
Kita boleh mengambil contoh dari Rasulullah S.A.W;
Dalam Ghazwah Uhud,Nabi s.a.w. mendapar luka pada muka malah patah beberapa giginya. Berkatalah salah seorang sahabatnya : Cubalah Tuan doakan agar mereka celaka"
Nabi s.a.w. menjawab "Aku sekali-kali tidak diutus untuk melaknat seseorang tetapi aku diutus untuk mengajak kepada kebaikan dan sebagai rahmat" Lalu Beliau mengangkat tangannya dan berdoa:
"Wahai Tuhanku,ampunilah kaumku,kerana mereka tidak mengetahui"
kita dapat lihat betapa mulianya budi pekerti Rasulullah s.a.w yang masih sudi memberi maaf kepada mereka yang telah menganiaya Baginda.
Ya Allah,kurniailah kami sifat pemaaf,pengampun dan lapang dada
jadikanlah kami orang yang dapat menahan marah dan orang yang suka memaafkan orang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment