"bagaimana kalau lidahku berzikir tetapi hatiku lalai?"
beliau menjawab-"teruslah berzikir kerana ia dapat melindungi dirimu daripada berkata yang buruk2"
'Lihat Nikmat,Ingat pada Yang Memberi Nikmat'
Tanyalah hati kita bila hati kita berasa tenang. Adakah apabila kita melihat alam seperti gunung-ganang,laut,sungai ataupun bangunan pencakar langit?
dalam hidup ini terdapat 2 jenis penciptaan Allah
a) direct- bumi,gunung-ganang,laut
b) indirect- bangunan pencakar langit (penciptaan oleh Allah melalui manusia)
hati manusia secara fitrahnya peka kepada sesuatu yang dekat kepada Allah..tetapi janganlah kita semua tertipu atau lalai daripada memikirkan hakikat bahawa terdapat Pencipta yang mencipta Alam yang hebat ini.Subhanallah..
ketahuilah..sesuatu yang dekat kepada Allah bisa membuat kita tenang.
Apabila kita melakukan sesuatu yang terhijab daripada Allah ataupun bila kita melakukan dosa bisa membuat hati kita resah..
apabila kita melakukan dosa,resah dan timbul lah penyesalan.dan ketahuilah sebenarnya keresahan tersebut merupakan signal daripada-NYA supaya kita bertaubat. Orang yang berdosa sebenarnya melanggar fitrah hatinya sendiri. janganlah teruskan dosa itu dan menjadi "alah bisa tegal biasa" dan jangan sampai tahap kita melazimi dosa dengan rasa manisnya perbuatan kita itu dan racun menjadi penawar dan sehingga ke peringkat yang tertinggi iaitu menjdai pembela dosa dengan "mengiklankan" dosa kita dengan mengajak orang lain turut melakukan dosa bersama kita..
Allah sebenarnya tidak jauh dari kita, tetapi kita lah yang cuba berjauhan daripada-NYA.
Ulasan dari slot motivasi pagi di IKIM.FM.
No comments:
Post a Comment